Monday, 22 August 2011

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Pengenalan

Bilik Sumber PPDa diwujudkan sebagai Pusat Akses maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah yang lengkap kepada murid-murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat bagi meningkatkan lagi pengetahuan murid tentang bahaya penggunaan dadah, arah, dan gejala sosial yang lain. Ia juga dapat memberikan impak yang lebih besar kepada perancangan dan pelaksanaan Program PPDa di sekolah.

Rasional

Sebagai pemangkin bagi pihak sekolah menyebarkan maklumat PPDa secara interaktif. Sistematik dan ekfektif serta dapat memberi pendidikan pencegahan awal.

Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

Misi

Melahirkan murid bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.

Matlamat

Diwujudkan untuk membentuk pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya mengetahui dan menyedari tentang bahaya dadah dan berupaya membina ketahanan diri yang mantap daripada dipengaruhi DADAH.

Objektif

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa dalam kalangan murid secara sistematik dan berkesan.
Menjadikan bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan Program PPDa di sekolah.
Menjadi tempat intreraksi murid-murid dalam usaha membangunkan insan yang cemerlang.


No comments:

Post a Comment