Hitam Putih Kehidupan
Lagu Tema : Hitam Putih Kehidupan oleh Datuk Sheila Majid
Lagu Tema : Hitam Putih Kehidupan oleh Datuk Sheila Majid
Melangkah masuk ke dalam bilik sumber PPDa pelawat diberi dua pilihan laluan. Laluan putih atau laluan hitam. Setiap laluan menceritakan jalan hidup dua individu yang berbeza. Laluan hitam dilalui insan bernama Azman dan laluan putih dilalui insan bernama Fatin.
KISAH KEHIDUPAN HITAM AZMAN
KISAH KEHIDUPAN HITAM AZMAN
Laluan hitam menceritakan jalan yang dilalui oleh seorang insan bernama Azman. Azman seorang remaja yang datang dari keluarga kebanyakan. Sejak lahir Azman dikurniakan dengan akal yang bijak, di sekolah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
Namun Azman seorang yang sangat ego. Segala nasihat dan teguran yang diberikan kepadanya umpama mencurah air ke daun keladi. Azman lebih gemar bersosial dan melepak bersama sama rakannya berbanding duduk di rumah. Azman sering mengeluarkan kata kata kesat terhadap ibunya kerana ibunya menasihatinya supaya berubah sikap.
Ketika di sekolah, Azman dan rakan-rakannya sering terlibat dengan masalah disiplin yang berat sekolah seperti buli, menghisap rokok, bergaduh dan ponteng. Azman akhirnya telah dibuang sekolah kerana mengalami masalah disiplin yang teruk. Ini menyebabkan Azman lebih terdedah untuk bersosial di luar kerana tidak perlu ke sekolah.
Dari hari ke hari sehingga menjejak ke alam dewasa, Azman sudah mula pergi ke kelab kelab malam dan dia juga sudah berani mengambil pil khayal.
Demi memperoleh wang yang banyak juga, Azman telah memberanikan diri untuk mengedar dadah kerana mendapat hasil pendapatan yang lumayan..
Di kelab malam, Azman cuba memperluas perniagaannya dengan meminta rakannya mencari ‘buyer’. Selain itu, sasaran Azman juga terhadap remaja yang berumur lingkungan 19-23 tahun kerana ramai antara remaja seperti ini yang bekerja sambilan dan mempunyai wang.
Bagi pelajar universiti juga mereka lebih cenderung untuk mengambil pil ecstacy agar boleh belajar dua hingga tiga malam berturut turut. Namun,sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga. Azman sudah lama diperhatikan oleh pihak polis disebabkan kegiatannya.
Pada suatu hari, Azman telah ditangkap oleh pihak polis kerana kecuaiannya sendiri. Dia sedang membawa dadah jenis heroin di sebuah lorong gelap untuk diedarkan kepada mat pit dan pada ketika itulah beliau diserbu oleh pihak polis. Azman dibawa ke muka pengadilan dan akhirnya dituduh dibawah akta 39B atas kesalahan membawa dadah jenis heroin sebanyak 38 gram. Azman telah dikenakan hukuman gantung sampai mati…………

KISAH KEHIDUPAN PUTIH FATIN
Laluan putih menceritakan jalan yang dilalui oleh seorang insan yang bernama Fatin. Fatin seorang remaja yang datang dari keluarga yang susah. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun dia miskin dengan harta benda dan kemewahan tetapi dia kaya dengan budi bahasa dan semangat yang tinggi untuk berjaya.
Di sekolah, dia sering menjadi pendorong kepada rakan-rakannya untuk berjaya. Dia sering menasihati rakan-rakannya agar tidak terjebak dengan gejala negatif seperti gangsterisme, buli, merokok, melepak dan sebagainya. Fatin juga aktif dalam bidang sukan, kokurikulum dan akademik. Dengan melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti berfaedah seperti bersukan dan sebagainya. Dia tidak terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang sedang berleluasa dalam kalangan remaja.
Salah satu faktor yang dia ingat sehingga ke hari ini ialah nasihat daripada guru-guru dan rakan-rakannya ialah jangan lupa berdoa kepada Tuhan. Dia sentiasa berdoa dan memohon agar memperolehi kejayaan satu hari nanti agar dapat mengubah kehidupan dirinya dan keluarganya juga.
Akhirnya Fatin telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 10A1 dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran. Segala penat lelah yang ditempuhnya selama bertahun-tahun membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan segulung ijazah dan membuka sebuah klinik di atas usahanya sendiri. Fatin juga mengakhiri hayatnya tetapi dengan penuh kegembiraan.
Di penghujung laluan kedua-dua insan sama-sama menghadapi akhir hayat iaitu kematian. Murid-murid boleh membuat boleh membuat pilihan di akhir hayat hendak memilih laluan hitam atau laluan putih. Laluan hitam seperti dijalani oleh Azman yang mati ditali gantung atau laluan putih seperti dijalani Fatin yang mati dalam kegembiraan.
AlLah SWT. Berfirman
“ Janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam bahaya kebinasaan” Surah Al-Baqarah.
No comments:
Post a Comment